Apple Kini Memerlukan $100 Bilion Untuk Menjadi Syarikat Bernilai $1 Trilion Di Dunia

Saham Apple kini diniagakan sebanyak $175 (~RM734), menjadikan syarikat pengeluar peranti iPhone ini mempunyai modal pasaran sebanyak $900 bilion. Penilaian ini meletakkan Apple yang kini hanya memerlukan $100 bilion untuk menjadi satu-satunya syarikat bernilai $1 trilion di dunia.

Saham Apple perlu diniagakan kepada nilai $195 bagi membolehkan untuk mencapai nilai $1 trilion tapi bergantung pada kadar pembelian saham. Penganalisis Drexel Hamilton Brian White, jika saham syarikat diniagakan $235, Apple boleh mencapai model pasaran $1.2 Trilion dalam 1 tahun.

“With a market cap of over $900 billion, we believe Apple is on its way to becoming a “trillion dollar baby” as reflected in our price target. We were the first on Wall Street to project that Apple would reach a $1 trillion market cap as reflected by a price target; our current price target of $235.00 equates to approximately a $1.2 trillion market cap.”

Penganalisi RBC Capital Markets, Amit Daryani berkata Apple mempunyai peluang untuk mencapai nilai model pasaran $1 trilion pada akhir 2018. Harga nilai saham untuk Apple oleh beliau ialah pada $190.

Apple mungkin boleh menjadi satu-satunya syarikat yang bernilai $1 trilion di dunia tapi bukan yang pertama kali. Syarikat perdagangan rempah ratus iaitu Syarikat Hindia Timur Belanda yang diasaskan pada 1602 dan dibuka kepada umum, bernilai sebanyak $7 trilion apabila diselaraskan untuk inflasi.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *