Apple Kini Menerima iPhone Yang Telah Membuat Pembaikan Skrin Oleh Pihak Ketiga Untuk Tuntutan Jaminan

Peranti iPhone yang telah membuat pembaikan dan penukaran skrin (seperti retak, pecah, calar dan sebagainya) oleh pihak ketiga (kedai baiki telefon luar) kini layak untuk membuat tuntutan jaminan (waranti) rasmi 1 tahun seperti biasa dengan syarat pihak pembaikan tersebut tidak merosakkan atau menukarkan komponen dalaman lain dan tidak merosakkan kerangka iPhone berdasarkan perubahan polisi yang baru oleh Apple hari ini.

Sebelum ini, jika anda membuat pembaikan skrin dengan pihak ketiga, ia secara automatik akan membatalkan jaminan iPhone tersebut dan anda tidak boleh membuat tuntutan jaminan rasmi 1 tahun melalui Apple Authorized Premium Reseller (AAPR), Apple Authorized Service Provider (AASP) dan jaminan oleh syarikat telekomunikasi.

 

Peranti iPhone dengan skrin pihak ketiga mestilah dalam tempoh perlindungan jaminan iaitu masih mempunyai jaminan rasmi 1 tahun atau pelan lanjutan perlindungan AppleCare dan bebas dari kesan pengubahsuaian pada komponan dalaman atau kerosakan pada kerangka selepas proses pembaikan skrin untuk membolehkan anda membuat tuntutan jaminan tersebut.

Pembaikan skrin pihak ketiga adalah lebih murah berbanding pembaikan skrin oleh Apple tapi anda sebagai pengguna dan pemilik peranti seharusnya memilih servis pembaikan pihak ketiga yang mahir dan berpengalaman bagi memastikan tuntutan jaminan iPhone tersebut kekal aktif. Janganlah pilih servis pembaikan tidak mahir yang menimba ilmu dari makcik youtube dan pakcik google, dah banyak sangat kes seperti ini berlaku pada pengguna peranti Apple berdasarkan pemantauan kami pada Facebook Group Apple User Group (Malaysia)®.

 

Buat masa sekarang, polisi ini hanya diterima untuk di negara United States dan Canada manakala negara-negara lain akan termasuk sekali TETAPI untuk negara Malaysia menurut Encik Dep (salah seorang Krew AUG dan pekerja AASP), polisi ini belum lagi diterima dan dipraktikkan atas beberapa sebab tertentu. Menurut beliau, mungkin dalam masa akan datang polisi ini akan diterima dan dipraktikkan tapi tidak dijamin lagi. Kami akan kemas kini info ini dari semasa ke semasa.

 

Sumber: MacRumours dan Encik Dep

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *