Apple Macbook, Macbook Pro Dan Macbook Air 2017 Mula Dijual Di Malaysia

Apple Macbook, Macbook Pro dan Macbook Air 2017 mula dijual di Malaysia pada hari ini, sejurus selepas beberapa minit diumumkan di World Wide Developer Conference 2017. Tidak hairanlah kenapa Laman Jualan Rasmi Apple Ditutup Menjelang Apple WWDC 2017 semalam.

Macbook

Harga bagi Apple Macbook 2017 kali ini bermula daripada RM5,999. Peningkatan harga sebanyak RM 500 berbanding sebelum ini memang dalam jangkaan kerana Apple Macbook 2017 menggunakan cip pemprosesan dan grafik yang lebih baharu dan lebih laju berbanding yang sebelumnya. Ada dua variasi Apple Macbook 2017. Kedua-duanya berbeza dari segi cip pemprosesan dan saiz storan cakera SSD.

MacbookApple Macbook

Siri model Macbook Pro juga dikemaskini. Harga bagi Apple Macbook Pro 2017 ini bermula daripada RM5,999. Seperti biasa, ada dua model untuk Macbook Pro iaitu Macbook Pro 13 inci dan Macbook Pro 15 inci. Kedua-dua model ini mengalami peningkatan harga sebanyak RM400 hingga RM600 berbanding sebelum ini. Antara peningkatan dari segi spesifikasi ialah cip pemprosesan Intel Core i5 dan i7 generasi ke-7 yang lebih baik dan laju, Manakala harga model yang dilengkapi Touch Bar dan Touch ID pula bermula daripada RM7,999.  Perubahan pada Macbook Pro 15 inci juga sama seperti Macbook Pro 13 inci. Harga bermula daripada RM8,499 dan RM10,799 bagi model yang dilengkapi Touch Bar dan Touch ID.

Macbook

Siri model Macbook Air akhirnya dikemas kini juga pada tahun ini. Perubahan tidaklah ketara. Hanya yang dikemas kini ialah kelajuan cip pemprosesan iaitu bermula daripada 1.8GHz berbanding 1.6GHz sebelum ini. Seperti sebelum ini, harga dikekalkan dan bermula daripada RM4,199.

Macbook

Kesemua model Macbook boleh didapati di Apple Online Store Malaysia bermula pada hari ini. Walaubagaimanapun, masih tiada berita oleh Wakil Penjual Apple di Malaysia seperti Machines, Switch, Epicentre, Mac City berkenaan dengan penjualan Macbook baharu ini.

Sumber: Apple Online Store Malaysia

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *