Apple Melancarkan Laman Baharu Dan Mengeluarkan Siri Iklan Khas Untuk Pengguna Android

Apple telah memulakan kempen untuk mempromosikan peranti iPhone dalam bentuk iklan yang mensasarkan pengguna yang menggunakan peranti Android atau peranti yang lain. Dalam iklan tersebut, Apple mengetengahkan ciri dan fungsi yang terdapat pada peranti iPhone seperti kualiti kamera, privasi, prestasi dan beberapa faktor lain yang mungkin boleh menarik pengguna baharu produk iPhone ini.

Iklan tersebut pada masa ini memaparkan lima iklan video yang membandingkan peranti iPhone dengan muzik, kelajuan, gambar dan banyak lagi. Apple juga telah mereka bentuk dan menjenamakan semula laman ‘Switch to iPhone’ mereka seperti di bawah yang menerangkan mengapa pengguna lain perlu membeli dan menggunakan iPhone ini.

Bagi pengguna Android yang mahu menukar ke peranti iPhone ini (amat jarang sekali), anda boleh berbuat demikian dengan memuat turun aplikasi ‘Move to iOS’ yang terdapat di Google Play Store. Kesemua kandungan data anda termasuklah gambar, video, kenalan, kalendar, akaun emel, kandungan mesej dan aplikasi percuma termasuklah aplikasi Google akan dipindahkan ke peranti iPhone baharu anda dengan selamat.

Sumber artikel: 9to5Mac dan Apple

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *