Apple Melanjutkan Tempoh Pembaikan Bateri Apple Watch Generasi Pertama Kepada 3 Tahun

Apple telah melanjutkan tempoh pembaikan generasi pertama Apple Watch (Series 0) yang mempunyai masalah bateri kembung atau bak kata lain, bateri ‘mengandung’ kepada 3 tahun selepas pembeliannya. Lanjutan ini secara teknikalnya akan menambahkan 2 tahun servis pembaikan dengan 1 tahun jaminan yang sedia ada pada produk Apple ini.

Pengguna generasi pertama Apple Watch yang menghadapi masalah ini boleh mendapatkan servis pembaikan percuma walaupun tidak membeli AppleCare selepas 3 tahun pembelian. Isu tentang bateri kembung atau mengandung pada generasi pertama Apple Watch ini yang mula dibangkitkan oleh pengguna dalam talian di forum Apple Support, Reddit dan forum MacRumors tapi tidak dihebohkan atau ditularkan, mungkin sebab tidak mendapat perhatian media massa.

Rosepod5/MacRumors

Tidak dipastikan bagaimana untuk pengguna mendapatkan servis pembaikan ini, samada menunggu Apple keluarkan pautan khas untuk membuat semakan ataupun boleh terus pergi ke Apple Store / Apple Authorized Service Provider (AASP) dengan menunjukkan Apple Watch Gen-1 yang menghadapi bateri kembung sebagai bukti.

Sebarang info dan maklumat yang terbaru, kami akan kemas kini kelak.

 

Sumber artikel: 9to5Mac dan MacRumors | Gambar: iFixit

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *