Apple Melepaskan Kemas Kini iOS 10.3 Beta 3 Untuk Pembangun

Apple telah melepaskan kemas kini iOS 10.3 yang telah memasuki fasa Beta ketiga pada pagi tadi. iOS 10.3 mula dikeluarkan pada 25 Januari untuk Beta pertama dan Beta kedua pada 7 Februari yang bakal merupakan kemas kini utama terbaru untuk iOS 10. iOS 10.3 Beta 3 (build 14E5249d) boleh dimuat turun oleh Pembangun (Developer) yang berdaftar melalui halaman Apple Developer ataupun cara OTA (over-the-air) dengan profil konfigurasi yang betul.

 

iOS 10.3 telah membawakan beberapa ciri dan perubahan terbaru untuk sistem operasi iOS 10. Antara ciri popular iaitu Find My Airpods yang berfungsi untuk membantu pemilik Airpods mencari lokasi fon telinga dengan mengeluarkan bunyi berdasarkan lokasi terakhir yang diketahui semasa disambungkan kepada idevice melalui sambungan Bluetooth.

 

Apple juga memperkenalkan ciri Apple File System (APFS), berfungsi untuk mengoptimasikan flash/simpanan SSD/NAND apabila peranti iOS dikemas kini ke iOS 10.3. Antara ciri terbaru ialah Reduce Motion dalam Safari, widget Podcasts, penambahbaikan CarPlay, cara terbaru untuk membuat penilaian dan ulasan aplikasi tanpa perlu ke dalam App Store dan banyak lagi.

Penilaian & Ulasan In-App dan ciri untuk menyukai atau tidak menyukai dengan teknik 3D Touch penilaian yang dibuat oleh pengguna di App Store.

 

Antara ciri terbaru yang ada pada iOS 10.3 Beta 3:

1. App Compatibility – Pada Settings > General > About > Applications akan mempunyai seksyen App Compatibility yang berfungsi untuk memaparkan aplikasi yang tidak dikemas kini dan akan membuat peranti iOS menjadi lambat serta aplikasi tersebut tidak akan berfungsi pada versi iOS yang akan datang. Jika ditekan pada salah satu aplikasi, ia akan pergi ke App Store yang akan menunjukkan kali terakhir aplikasi tersebut dikemas kini. Apabila aplikasi tersebut dibuka, satu notifikasi akan keluar yang menyatakan aplikasi tersebut perlu dikemas kini dan tidak akan berfungsi serta membolehkan pengguna untuk menghubungi Developer aplikasi.

 

2. Paparan kod dimasukkan telah ditukar dari ‘Dashes’ kepada ‘Dots’ pada Settings > Touch ID & Passcode / Passcode sama seperti paparan kod pada Lockscreen.

 

3. Bug fixes and improvements – banyak pepijat yang telah Apple hapuskan dalam kemas kini Beta ketiga ini termasuklah pepijat yang boleh membuatkan peranti menjadi gagal berfungsi, restart/respring automatik (dengan menggunakan teknik tertentu). Ada juga pengguna yang melaporkan iOS 10.3 Beta 3 ini membuatkan peranti menjadi lebih laju dan kurang kelembapan animasi transisi ketika membuka aplikasi.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *