Apple Melepaskan Kemas Kini iOS 11.1.1 Kepada Umum Untuk Menampal Pepijat Predictive ‘A ⍰’

Seperti yang dijangkakan, Apple hari ini telah melepaskan kemas kini kecil dan minor update iOS 11.1.1, buat kali keenam bagi sistem operasi iOS 11.1. iOS 11.1.1 hari ini dilepaskan selepas satu minggu Apple melepaskan iOS 11.1 dengan rasmi kepada umum. Dalam kemas kini ini telah menampal dan memperbaiki dua pepijat:

● memperbaiki isu di mana predictive text telah menukarkan huruf ‘i’ / ‘I’ kepada ‘A ⍰’ secara automatik
● memperbaiki isu penggunaan Hey Siri yang tidak berfungsi

Sebelum ini, pengguna peranti yang mengaktifkan teks ramalan (Predictive Text) sedang menghadapi situasi dimana pembetulan auto telah menukarkan huruf ‘i’ kepada huruf dan simbol ‘A ⍰’ ketika menaip pada papan kekunci. Pengguna juga akan nampak ‘A ⍰’ dipaparkan oleh fungsi teks ramalan apabila menaip huruf ‘i’ / ‘I’.

Bagi pengguna iOS 11.1 ke bawah sebelum ini, adalah disarankan untuk mengemaskini kepada iOS 11.1.1 ini. Seperti yang saya terangkan dalam senarai ciri dan fungsi yang terdapat pada iOS 11.1, iOS 11.1 ini ialah versi iOS 11 yang stabil buat setakat ini di belakang iOS 11.2 yang masih dalam versi beta lagi. Bagi pepijat pengiraan kalkulus salah pada aplikasi Calculator, masih tidak diperbaiki dan perlu menunggu iOS 11.2 akan datang.

Dengan kemas kini kecil dan minor update, iOS 11.1.1 boleh dikemas kini menggunakan OTA dan jika anda rajin boleh mengemaskini menggunakan Restore iOS di iTunes.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *