Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru Perisian iTunes

Apple hari ini telah melepaskan kemas kini kecil terbaru perisian iTunes bagi versi 12.6.1, sebelum ini Apple telah mengeluarkan kemas kini versi 12.6.1 secara rasmi pada minggu lepas dengan pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi.

Versi terbaru iTunes yang Apple keluarkan pada hari ini ialah 12.6.1.27, manakala versi yang lama ialah 12.6.1.25. Tidak dipastikan mengapa Apple mengeluarkan kemas kini kecil dengan build number yang berubah sedikit tapi mungkin hanya pembaikian dan menampal pepijat.

Menurut Apple: iTunes 12.6.1 contains only minor app and performance improvements. Sama seperti dalam nota sekuriti yang Apple keluarkan bagi versi 12.6.1 pada minggu lepas. Versi kemas kini iTunes ini boleh dibuat pada App Store dan untuk pengguna Windows, anda boleh membuat kemas kini menggunakan perisian Apple Software Update atau boleh memuat turun pada pautan ini.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *