Apple Melepaskan Kemas Kini Xcode 8.3 Dengan Swift 3.1

Apple hari ini secara rasminya telah melepaskan kemas kini Xcode 8.3 dengan Swift 3.1 kepada pembangun aplikasi. Swift 3.1 membawakan sokongan SDK untuk iOS 10.3, watchOS 3.2, tvOS 10.2 dan macOS Sierra 10.12.

Bagi yang tidak tahu, Xcode ini merupakan perisian yang dibangunkan oleh Apple kepada pembangun sebagai platform untuk membangunkan aplikasi bagi sistem operasi iOS, watchOS, tvOS dan macOS. Swift pula ialah bahasa pengaturcaraan untuk kegunaan umum, pelbagai paradigma yang dibangunkan oleh Apple sendiri.

Apakah yang terbaru pada Xcode 8.3:

Xcode 8.3 hadir dengan Swift 3.1 yang membawakan sokongan SDK untuk iOS 10.3, watchOS 3.2, tvOS 10.2 dan macOS Sierra 10.12.

• Faster builds for large projects that mix Objective-C and Swift code
• Siri support in the iOS Simulator to improve automated testing
• Improved view debugger support for iMessage apps
• Updated interface to manage signing certificates and provisioning profiles
• Additional bug fixes and stability improvements

Anda boleh memuat turun Xcode daripada App Store dengan percuma.

 

Sumber artikel: iClarified

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *