Apple Membeli Workflow, Percuma Untuk Dimuat Turun Selamanya

Pada pagi hari ini, Apple telah berjaya membeli dan memiliki aplikasi popular iaitu Workflow. Aplikasi Workflow ini berfungsi untuk membantu dan memudahkan pengguna untuk mengautomasikan suatu tugas atau kerja dengan lebih mudah, contohnya anda ingin tweet, dimana anda perlu membuka aplikasi Twitter/Tweetbot, tekan butang compose dan barulah boleh taip kandungan tweet. Dengan aplikasi Workflow, anda hanya perlu tekan tugas pada widget atau 3d Touch pada ikon aplikasi, aplikasi Workflow dibuka dan anda boleh terus taip kandungan tweet dan hantarkan ke Twitter tanpa perlu membuat banyak langkah.

Aplikasi Workflow ini dibangunkan oleh bekas pembangun jailbreak iaitu Ari WeinsteinConrad KramerAyaka Nonaka dan Nick Frey yang berjaya memenangi anugerah Apple Design pada tahun 2015. Mereka secara langsung menyertai Apple dan aplikasi ini akan terus berada di App Store dan percuma untuk dimuat turun bermula pada hari ini. Sebelum ini, aplikasi tersebut dijual dengan harga $2.99 (dalam lingkungan RM12).

Pemilikan ini merupakan berita yang baik dimana Apple mungkin akan membuatkan eksosistem iOS akan datang lebih mudah untuk digunakan berbanding sekarang. Sama-sama kita lihat nanti. Bagi yang berminat, anda boleh muat turun aplikasi ini di App Store dan anda juga boleh memasangkan ia di Apple Watch.

 

Muat turun: Workflow

Sumber: TechCrunch

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *