Apple Membuat Bayaran Balik Kepada Pelanggan Yang Telah Membeli Aplikasi Workflow Sebelum Ini

Aplikasi Workflow mula mendapat perhatian Apple selepas memenangi anugerah Apple Design pada tahun 2015 dan menjadi popular di kalangan pengguna peranti iOS. Selepas itu, Apple telah membeli aplikasi Workflow dan pembangunnya sekali dan menjadikan aplikasi itu percuma untuk dimuat turun.

E-mel daripada Apple berkenaan pembayaran balik aplikasi Workflow kepada pembeli:

Dear iTunes Customer, 
Thank you for purchasing Workflow by DeskConnect, Inc. Workflow is now available for free in the App Store. Since you recently purchased this app, we have issued you a full refund in the amount of $3.23. These funds will be applied to your original payment method and may take up to five business days from the issue date to post to your account. 
Regards, 
iTunes Support Team 
http://www.apple.com/support/itunes/ww/

Bagi yang tidak tahu, aplikasi Workflow ini berfungsi untuk membantu dan memudahkan pengguna untuk mengautomasikan suatu tugas atau kerja dengan lebih mudah seperti tweet, memuat naik gambar ke Instagram dengan pantas dan sebagainya.

Aplikasi ini akan terus kekal berada di App Store menurut Apple dan percuma untuk dimuat turun selamanya.

 

Muat turun: Workflow

Sumber: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *