Apple Membuka Pendaftaran Tiket WWDC 2017 Dan Biasiswa Kepada Pembangun

Bagi pembangun yang ingin menghadiri persidangan pembangun tahunan oleh Apple, pendaftaran untuk WWDC 2017 telah dibuka secara rasminya yang akan berlangsung pada bulan Jun ini. Apple dikhabar akan memperkenalkan sistem operasi iOS 11 dan macOS 10.13 pada persidangan dan acara khas ini.

Apple Worldwide Developers Conference (WWDC) akan berlangsung pada 6 Jun sehingga 10 Jun untuk waktu Malaysia yang bertempat di San Jose, California, US. Harga pembelian tiket menjangkau $1599 (dalam RM7000 ke atas) dan Apple hanya menerima beberapa ribu peserta sahaja disebabkan tiket acara ini telah ditetapkan dengan penggunaan sistem loteri bermula beberapa tahun yang lepas.

Ini membolehkan semua pembangun yang berminat untuk hadiri dan kesemua pemenang akan dipilih secara rawak. Selain itu, Apple juga mempunyai program biasiswa kepada pelajar yang layak untuk menghadiri persidangan ini.

Pembangun yang berminat boleh membuat pendaftaran pada developer.apple.com/wwdc/tickets/, pelajar pula boleh membuka pautan ini developer.apple.com/wwdc/scholarships/ bagi maklumat lebih lanjut.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *