Apple Memenangi Paten Untuk Sistem Pengimbas Biometrik Ultrasonik Yang Membolehkan Touch ID Berada Di Bawah Paparan Skrin

U.S. Patent and Trademark Office telah mengeluarkan senarai paten yang telah diluluskan dan dihantar oleh Apple. Paten yang dimenangi Apple ialah paten untuk memboleh kan cap jari di baca melalui paparan skrin sahaja. Teknologi itu dinamakan sebagai sistem pengimbas biometrik ultrasonik yang membolehkan Touch ID berada di bawah paparan skrin dan seterusnya membaca cap jari pemilik peranti tersebut.

Berdasarkan khabar angin, paten ini mungkin bakal digunakan pada peranti iPhone 8 yang dijangka bakal dikeluarkan pada bulan September tahun ini dan menjadikan ia sebagai peranti Apple pertama yang menggunakan teknologi ini. Ini disebabkan dan berdasarkan lukisan skematik iPhone 8 yang menunjukkan tiada butang Home Button/Touch ID pada hadapan skrin yang hampir keseluruhannya digunakan untuk panel paparan skrin.

 

Sumber: Patently Apple

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *