Apple Memfailkan Paten Kekunci Siri, Share dan Emoji Untuk Smart Keyboard

Baru-baru ini, Apple telah memfailkan permohonan paten yang dengan lukisan menunjukkan Smart Keyboard mempunyai kekunci Siri, Share dan Emoji yang mungkin merupakan aksesori terbaru untuk diperkenalkan dan dijual bersama dengan peranti iPad Pro yang baru.

Pada lukisan paten tersebut, apabila kekunci “Share” ditekan akan menunjukkan pilihan untuk berkongsi melalui aplikasi seperti Facebook, Mail dan Messages. Untuk kekunci Emoji, mungkin akan menunjukkan pilihan emoji pada paparan skrin seperti yang ditekan pada papan kekunci iOS apabila ditekan.

 

Kekunci ketiga menunjukkan ikon kanta yang mungkin akan membolehkan pencarian dalam aplikasi. Apabila ditekan dua kali, ia mungkin akan membawa pintasan untuk aplikasi seperti Messages, Photos, Calendar, Camera, Notes, Settings, dan aplikasi lain. Apabila ditekan dengan lama, ia mungkin akan mengaktifkan Siri.

Mockup berdasarkan lukisan paten.

Namun, paten ini bukanlah paten reka bentuk dan tidak tepat sepenuhnya tapi hanyalah sebagai visual asas. Apple dilapor akan melancarkan 3 iPad baru seawal acara khas Apple pada bulan Mac ini dengan khabar angin menyatakan, iPad yang baharu akan mempunyai skrin bersaiz 10.5 inci dengan resolusi 2224×1668. Model-model lain dijangka akan dikemas kini iaitu iPad Pro 9.7 inci dan 12.9 inci dengan cip pemprosesan A10X yang lebih pantas.

 

Sumber: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *