Apple Memfailkan Permohonan Tanda Dagangan Bagi Jenama Apple Music Untuk Pakaian, Gelang Tangan & Banyak Lagi

Apple sememangnya mempunyai pelbagai tanda dagangan yang difailkan selama ini tapi terdapat satu permohonan tanda dagangan yang tidak mungkin akan dibuat kepada produk seperti produk Apple yang lain. Syarikat tersebut telah memfailkan permohonan untuk mendaftarkan tanda dagangan logo Apple Music bagi digunakan pada pakaian, gelang tangan dan banyak lagi.

Permohonan oleh Apple itu merupakan kategori tambahan bagi tanda dagangan logo Apple Music yang sedia ada dengan meletakkan logo Apple bersebelahan dengan perkataan ‘MUSIC’. Sumber oleh Patently Apple menyatakan, Apple mahu menambah permohonan tersebut pada International Class 25 yang meliputi pelbagai pakaian dan barangan lain.

Sebelum ini, Apple sudahpun mempunyai pelbagai pakaian di bawah jenama Apple sendiri termasuklah barangan cenderahati yang lain. Antaranya ialah:

Sumber: RedmondPie
Sumber: Jamil Hassan Spain
Sumber: MacRumors
Sumber: Matt Weinberger (Business Insider)
Sumber: MacRumors

Kesemua pakaian dan barang cenderahati tersebut boleh didapati di kedai rasmi Apple Infinite Loop di Cupertino, US. Jika ada yang mahu membeli dan ada rezeki lebih, anda bolehlah pergi ke sana (kalau dapat masuk US buat masa sekarang). Harga semestinya memang mahal sekali.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *