Apple Mempamerkan Kehebatan iPhone 7 Plus Portrait Mode Dalam Iklan ‘The City’

Apple telah menerbitkan iklan video bertajuk ‘The City’ yang mempamerkan kehebatan peranti iPhone 7 Plus dan gambar yang ditangkap menggunakan ciri Portrait Mode. Ciri khas yang hanya terdapat untuk iPhone 7 Plus sahaja (buat masa kini) dengan mempunyai zum optik 2x pada sistem dwi-kamera peranti ini.

Portrait Mode mempunyai efek yang sama seperti kamera dengan lensa besar yang memfokuskan pada subjek secara dekat dan membolehkan efek kabur pada sekeliling subjek apabila gambar ditangkap. Ciri Portrait Mode ini diintegrasikan dalam sistem kamera pada iOS yang akan mensimulasikan efek ini dengan memfokuskan pada subjek dengan zum optik 2x dan menjadikan efek kabur pada latar belakang.

Sebelum ini, majalah edisi bulan Mei ‘Traveler’ dan ‘Bon Appétit’ terbitan Condés Nast juga telah menggunakan peranti iPhone 7 Plus untuk gambar muka hadapan majalah tersebut.

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *