Apple Mempatenkan Aksesori Yang Menjadikan iPhone Atau iPad Kepada Komputer

Peranti iPhone dan iPad yang sedia ada sudah cukup berkuasa untuk melakukan tugasan harian. Namun, Apple kini telah mempatenkan aksessori yang diperkasakan oleh iPhone atau iPad dan menjadikan ia sebagai sebuah komputer riba dengan berfungsi sepenuhnya yang mungkin akan menggunakan sistem operasi iOS. Kerangka aksesori tersebut dikhabar akan sama seperti kerangka komputer Macbook yang sedia ada dan menggunakan bahan aluminium sebagai bahan utama.

Seperti maklumat yang disediakan, aksesori tersebut mungkin akan mempunyai port Lightning atau Smart Connector pada slot untuk dimasukkan peranti iPhone atau iPad. Slot tersebut juga akan membolehkan pemindahan kuasa selain mempunyai ruang storan khas dan bateri termasuklah GPU terbina pada aksesori komputer tersebut.

Untuk slot iPhone pula akan menjadikan peranti iPhone sebagai pad sesentuh apabila skrin aksesori komputer itu diaktifkan. Ini mungkin logik disebabkan skrin peranti seperti iPhone 7 Plus ialah bersaiz 5.5 inci, lebih kurang sama seperti pad sesentuh pada komputer Macbook Pro yang terkini.

Slot iPad pula akan menjadikan peranti tersebut sebagai panel skrin dengan pad sesentuh tersedia sekali pada aksesori komputer tersebut.

Tidak dipastikan bila produk ini akan diperkenalkan dan dikeluarkan tapi ia mungkin lambat tidak seperti yang dijangkakan.

 

Sumber: AppleInsider

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *