Apple Mempatenkan Langkah Keselamatan Terbaru Untuk Apple Watch Dan iPhone Yang Akan Menghalang Pemesejan Ketika Memandu

Berikutan dengan laporan tentang saman yang dibuat oleh keluarga atas sebab Apple tidak mempatenkan fungsi iOS yang akan menutup sebarang aplikasi ketika memandu pada tahun 2016 yang lepas, US Patent & Trademark Office telah mengeluarkan rekaan paten yang dibuat oleh Apple untuk menunjukkan inovasi terbaru yang akan menutup pemesejan daripada diterima pada peranti Apple watch dan iPhone ketika pengguna sedang memandu.

Sebelum ini, paten tersebut mula difailkan oleh Apple dalam Disember 2008 dan diluluskan dalam April 2014 yang lepas. Ciri dan langkah keselamatan ini disaran untuk membuatkan sebuah peranti memberi amaran kepada semua pemandu ketika perhatian terganggu dan melihat serta menggunakan telefon bimbit mereka.

Tapi, terdapat masalah dalam paten ini  dimana ia berfungsi dengan Apple hanya mengurangkan jumlah mesej yang akan diterima dan masuk ke dalam peranti ketika memandu dan bukan menghalang semua mesej.

Apa-apa pun, senantiasalah menjaga keselamatan dan beringat ketika memandu. Elakkan mengguna telefon bimbit untuk buat siaran langsung di Instagram, Facebook, Periscope dan sebagainya (tidak lupa, Stories juga) ketika memandu, sudah pasti pengikut akaun anda tidak mahu melihat perkara buruk terjadi dan ingatlah orang yang tersayang termasuk pengguna jalan raya yang lain.

 

Sumber: Patently Apple

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *