Apple Mempatenkan Penggunaan LED Flash Sebagai Cahaya Keselamatan Untuk Pelari

Permohonan paten yang dibuat oleh Apple pada bulan Mei lepas dan telah dikemas kini baru-baru ini menunjukkan penggunaan lampu LED Flash sebagai lampu strob yang terdapat pada belakang peranti iOS. Ini boleh digunakan sebagai lampu yang menyala ketika lagu atau senarai lagu dimainkan dan juga untuk keselamatan pelari.

Menurut Apple pada paten tersebut, lampu strob akan berubah mengikut senarai lagu yang dimainkan. Lampu strob tersebut dikawal oleh pemproses dan dinyalakan setelah muzik dimainkan pada peranti tersebut. Lampu LED Flash juga boleh diaktifkan untuk penggunaan dan penerimaan notifikasi, panggilan pada Settings > General > LED Flash for Alerts.

Berlari pada waktu gelap atau waktu pagi adalah sangat bahaya jika tidak memakai sebarang alat bercahaya untuk pemandu atau kenderaan melihat anda. Oleh itu, paten ini juga ada menujukkan penggunaan bagi pelari dengan lampu LED Flash tersebut akan menyala seperti berkelip dan sebagainya ketika berlari.

Tidak dipastikan samada Apple akan memperkenalkan produk yang baharu ataupun menambahkan ciri ini pada sistem operasi iOS akan datang.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *