Apple Mempatenkan Sistem Permesejan Dengan Sokongan Integrasi Siri

Permohonan paten yang telah diluluskan dibuat oleh Apple pada baru-baru ini menunjukkan integrasi pembantu maya bijak iaitu Siri, ke dalam sistem permejesan yang membolehkan pengguna untuk berinteraksi dalam bentuk teks dengan pembanti maya tersebut selain sistem automasi serta fungsi yang boleh membantu ketika anda mesej dengan kenalan lain.

Apa yang dimaksudkan di atas ialah pengguna boleh berinteraksi dengan Siri dalam aplikasi mesej, anda boleh menaip dan Siri akan membalasnya dalam bentuk teks juga. Tidak seperti sebelum ini dimana anda perlu untuk bercakap dengan Siri – kadang kala Siri tidak paham akan loghat kita. Paparan paten tersebut menunjukkan kenalan Siri yang terdapat dalam aplikasi Mesej.

Selain dari berinteraksi dengan Siri, Siri juga mempunyai sistem automasi yang boleh membalas berdasarkan mesej daripada anda ataupun dari rakan/orang lain. Contohnya, jika anda ingin mengajak rakan anda untuk keluar makan, Siri akan memberi senarai lokasi kedai makan yang berdekatan dengan lokasi anda.

Dengan Siri juga, anda boleh mengingatkan Siri untuk menghantar mesej kepada kenalan lain contohnya peringatan untuk mengajak keluar seperti yang tertera dalam gambar di bawah. Perancangan Apple berdasarkan paten ini tidak dipastikan buat masa kini. Ada khabar angin yang menyatakan ciri dan fungsi ini bakal terdapat dalam sistem operasi iOS 11 akan datang.

 

Sumber: U.S. Patent and Trademark Office

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *