Apple Menafikan Dakwaan Ancaman Kumpulan Penggodam Untuk Memadam Jutaan Peranti Apple

Pihak Apple telah menjawab berkaitan dakwaan yang sebuah kumpulan penggodam memiliki akses untuk lebih dari 600 juta akaun iCloud.com, Me.com dan Mac.com yang boleh memadamkan kesemua data dan peranti daripada servis Find My iPhone yang menggunakan akaun iCloud tersebut. Dalam kenyataan kepada Fortune, Apple menyatakan sistem dan server tidak ditembusi dan data pengguna ialah selamat.

Kenyataan Apple hadir selepas laporan oleh Motherboard yang menyatakan sebuah kumpulan penggodam dengan nama gelaran ‘Turkish Crime Family‘ mendakwa memiliki lebih dari 600 juta akaun iCloud dan membuat ancaman untuk memadamkan kesemua data serta meminta wang tebusan sebanyak $75000 (dalam lingkungan RM 332000) untuk tempoh sehingga 7 April kepada Apple.

Dakwaan dan ancaman ini mengundang pelbagai persepsi pengguna, terdapat sebahagiannya menyatakan ia adalah penipuan dan tidak benar. Dengan kenyataan oleh pihak Apple ini, anda boleh menarik nafas lega dan tidak perlu risau akan data peribadi anda TAPI sila berjaga-jaga walau apa sekalipun.

 

Sumber: Fortune

Laporan artikel ancaman: Motherboard

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *