Apple Menambah Lagi 4 Video Untuk Siri Tutorial Fotografi Menggunakan iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus

Pada minggu ini, Apple telah menambahkan lagi 4 video untuk siri tutorial fotografi menggunakan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dan menjadikan jumlah keseluruhan siri tutorial ini kepada 20 video, 13 video daripadanya dimuat naik pada akaun Youtube rasmi mereka.

Dalam setiap video tutorial, Apple menunjukkan cara yang betul untuk menangkap gambar yang berkualiti dengan menggunakan iPhone 7 ataupun iPhone 7 Plus tapi boleh juga dipraktikkan pada peranti yang lain. Sebelum ini, Apple telah mengeluarkan kesemua 16 video siri tutorial di laman khas dan ada juga memuat naik sebahagian video tersebut pada akaun Youtube rasmi mereka.

Bagi yang berminat untuk belajar, anda boleh lihat video di bawah serta lihat video yang lain pada akaun Youtube rasmi mereka tapi siri penuh boleh dilihat di laman khas rasmi yang dikeluarkan oleh Apple.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *