Apple Menawarkan Servis Pembaikan Smart Keyboard Secara Percuma Selama 3 Tahun

Smart Keyboard merupakan papan kekunci yang direka khas untuk kedua-dua iPad Pro 9.7-inci dan 12.9-inci. Apple baru-baru ini telah memperkenalkan polisi baharu untuk servis pembaikan Smart Keyboard bagi kedua-dua iPad tersebut selama 3 tahun secara percuma bermula dari tempoh pembeliannya. menurut laporan oleh MacRumors.

Apple telah mengetahui terdapat sebahagian Smart Keyboard yang mempunyai masalah untuk berfungsi ketika digunakan, contohnya terdapat kekunci yang tidak boleh ditekan, sentiasa berulang dan tidak berfungsi menurut memo khas yang dikeluarkan kepada pekerja Apple Store dan Apple Authorized Service Provider (AASP) pada minggu lepas.

Jika anda mempunyai masalah tentang penggunaan Smart Keyboard, anda disarankan untuk membuat temu janji atau pergi ke salah satu cawangan Apple Authorized Service Provider (AASP) terdekat untuk servis pembaikan. Anda juga boleh menghubungi Apple Support dengan telefon, sembang dalam talian atau emel.

 

Sumber artikel. MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

2 thoughts on “Apple Menawarkan Servis Pembaikan Smart Keyboard Secara Percuma Selama 3 Tahun

  • November 6, 2017 at 3:45 pm
    Permalink

    Smart Keyboard iPad Pro 9.7inc tidak bergungsi setelah update ke iOS 11.1. Mohon penjelasan berkaitan isu ini.

    Perlu di tukarkan kepada keyboard yg baru.

    Terima Kasih

    Balas
    • November 6, 2017 at 5:28 pm
      Permalink

      Boleh cuba tukar yang baru tapi cuba dulu cara di bawah:
      1. Pastikan iPad Pro dan Smart Keyboard berapa pada posisi ‘Type’.
      2. Pisahkan Smart Keyboard daripada iPad Pro (letak sebarang benda untuk Smart Connector tidak berhubung dan bercantum).
      3. Restart iPad Pro (tekan Power Button dalam 5 saat > slide to power off > hidupkan semula).
      4. Sambungkan semula Smart Keyboard.

      Pastikan juga Smart Connector bersih dan tiada kotoran.

      Kalau masih tiada perubahan disaran untuk bertanyakan dahulu dengan pihak Apple Support mengenai servis pembaikan ini. Sebahagian pekerja AASP di Malaysia ada yang masih belum tahu dengan polisi ini. Jika staf operator Apple Support mengesahkan, bawa bukti perbualan tersebut sebagai bukti ketika membuat proses servis pembaikan Smart Keyboard ini.

      https://support.apple.com/en-my/contact

      Balas

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *