Apple Menerbitkan 3 Iklan ‘Shot on iPhone’ Sempena Hari Kanak-Kanak Di Turki

Apple telah menerbitkan 3 klip video ‘Shot on iPhone’ pada akaun Youtube Apple Turki. Iklan berdurasi 15 saat tersebut dirakam oleh kanak-kanak berumur 11 tahun menggunakan peranti iPhone 7. Klip tersebut menunjukkan penggunaan perspektif dan fungsi slo-mo sebagai kreativiti mereka.

Apple menerbitkan iklan ini untuk menyambut cuti umum di Turki yang akan berlangsung pada 23 April, dinamakan sebagai hari Kedaulatan Negara dan Hari Kanak-Kanak (National Sovereignty and Children Day).

Hari Kedaulatan Negara dan Hari Kanak-Kanak ialah hari yang istimewa buat Turki, dimana kesemua jawatan dalam kerajaan termasuklah perdana menteri dan kabinet yang digantikan oleh wakil kanak-kanak untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan alam sekitar, dan juga menandatangani perintah eksekutif.

1. “Rabbit”

2. “Dog”

3. “Balloon”

Apple sebelum ini banyak menggunakan iklan ‘Shot on iPhone’ untuk beberapa acara dan hari khas mengikut negara.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *