Apple Mengaku Tersilap Menghantar Emel Pembatalan Servis iCloud

Pihak Apple mengaku kesilapan mereka dalam menghantar emel yang salah kepada sebahagian pemilik akaun iCloud yang melanggan servis iCloud.

Rabu lepas, pihak Apple telah menghantar emel seperti di bawah,

iCloud batalEmel itu menyatakan bahawa langganan servis storan iCloud pengguna berkenaan telah ditamatkan. Namun, semalam, pihak Apple telah menghantar emel kepada pengguna-pengguna iCloud yang terlibat dan meminta maaf.

You recently received an email incorrectly stating that your iCloud storage plan has been discontinued. Your 50 GB iCloud storage plan is not affected and will continue to renew automatically. We apologize for any inconvenience this may have caused. If you have any questions, please contact us.

Oleh itu, jika anda ada menerima emel tersebut sebelum ini, itu hanyalah kesilapan semata-mata dan bukanlah emel yang betul. Anda juga dinasihatkan untuk periksa segala yang perlu sebelum klik sebarang pautan yang ada dalam setiap emel dari Apple terutamanya yang berkaitan dengan iCloud dan Apple ID.

Sumber : AppleInsider

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *