Apple Mengambil-Alih Kedudukan Teratas Pasaran Peranti Boleh Pakai

Apple kini telah mengambil-alih kedudukan teratas pasaran peranti boleh pakai dengan penjualan yang tinggi pada suku ketiga tahun 2017. Laporan ini disediakan oleh Canalys menyatakan, Apple telah menjual sebanyak 3.9 juta unit berbanding pada tahun lepas dengan sebanyak 2.8 juta unit.

Dengan ini, Apple telah mendominasi pasaran tersebut sebanyak 23%, meletakkan tempat pertama diikuti dengan Xiaomi yang berada pada kedudukan kedua sebanyak 21%. Canalys juga menjangkakan, Apple telah menjual Apple Watch Series 3 LTE sebanyak 800 ribu unit sahaja disebabkan masalah bekalan.

Bagi tempat ketiga pula jatuh kepada Fitbit dengan sebanyak 20% dan tempat keempat dipegang oleh Huawei serta kedudukan kelima dengan Samsung sebanyak 5%. Untuk melengkapkan carta, sebanyak 25% diduduki oleh jenama syarikat yang lain.

Sebelum ini, kesemua penjualan Apple Watch telah meningkat sebanyak 75% dalam suku keempat 2017. Keputusan ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook yang menyatakan “Apple Watch is the best-selling and most loved smart watch in the world.”

Namun di Malaysia, ramai tertunggu-tunggu dan menantikan untuk Apple menjual Apple Watch Series 3 dengan sokongan data selular LTE. Masih belum dipastikan samada syarikat telekomunikasi di Malaysia sudah pun mempunyai perancangan untuk membawakan sokongan dan menawarkan pelan data bagi yang ingin menggunakan Apple Watch Series 3 ini.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *