Apple Mengambil Bekas Veteran Nasa Untuk Bantu Usahakan Teknologi AR Mereka

Apple telah merekrut Jeff Norris, seorang pakar dalam teknologi Augemented Reality (AR) yang telah mengasaskan Mission Operations Innovation Office dekat NASA Jet Propulsion Lab, menurut laporan oleh Bloomberg.

Jeff Norris dilaporkan telah menyertai Apple sebagai pengurus kanan yang berkerja untuk pasukan teknologi AR yang diketuai oleh Mike Rockwell, yang sebelum ini mengetuai syarikat Dolby Labs. Pasukan itu dilapor dalam usaha untuk membangunkan yang sebelum ini dikhabarkan iaitu teknologi kaca mata pintar augmented reality dan juga ciri serta fungsi AR untuk iPhone dalam masa akan datang.

Apple sebelum ini dilapor berminat untuk teknologi augmented dan virtual reality ini dan dikatakan telah mempunyai 1000 jurutera untuk membangunkan teknologi AR ini dan mungkin akan digunakan pada peranti serta produk Apple akan datang.

Apple dilihat sedang membangunkan kedua-dua virtual reality headset dan kaca mata pintar augmented reality yang akan diperkenalkan pada tahun 2018 akan datang. Selain itu, kita juga mendengar ura-ura bahawa peranti iPhone 8 akan datang akan mempunyai teknologi AR ini dengan rekaan dwi-kamera menegak.

Video ucapan oleh Jeff Norris tentang augmented reality headset dan penggunaannya termasuk hasil kerja beliau semasa bekerja di Nasa:

 

Sumber artikel: MacRumors dan 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *