Apple mengeluarkan iPhone 6 32GB khusus untuk pasaran Taiwan dan China

TaiwanMobile, menawarkan pelan rangkaian bersama dengan iPhone 6 32GB khusus untuk pasaran Taiwan dan China. Pelan rangkaian bersama iPhone 6 32GB ini akan dilancarkan pada 10 Mac 2017.

Ini merupakan berita yang amat memeranjatkan memandangkan iPhone 6 sudah pun berusia hampir 3 tahun di pasaran. Namun, mungkin ini adalah mengikut permintaan pengguna di Taiwan dan China. TaiwanMobile berani mengambil langkah ini kerana iPhone 6 merupakan peranti iPhone yang popular di negara mereka.

Harga iPhone berbeza mengikut pakej dan pembayaran bulanan ($599/bulan hingga $1,399/bulan). Bagi pakej termurah, mereka menawarkan 6GB Data Internet dan pelanggan perlu membayar $6,900 jika melanggan kontrak selama 30 bulan dan $7,900 jika melanggan kontrak selama 24 bulan. Bagi pakej $898/bulan hingga $1,399/bulan, pihak Taiwan Mobile akan membuat pengumuman mengenai kuota data Internet yang akan diberikan. Bagi yang melanggan pakej $1,399/bulan, iPhone adalah percuma.

TaiwanMobile merupakan pendahulu syarikat rangkaian di Taiwan. Mereka pernah mendapat anugerah rangkaian 4G yang terpantas, rangkaian 3G yang terpantas dari Ookla Speedtest Awards dan menjadi syarikat pilihan No. 1 di Taiwan menurut InsightXplorer.

Apakah pandangan kalian? Adakah perlu Apple menawarkan iPhone 6 32GB bagi pasaran Malaysia?

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *