Apple Mengeluarkan Siri Tutorial Fotografi Menggunakan iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus

Apple sebelum ini sering kali mengeluarkan video iklan dan hasilnya sangat mengkagumkan. Kini, Apple telah mengeluarkan siri dan laman khas tutorial fotografi yang menggunakan peranti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Setiap tips yang dikongsikan ialah untuk memfokuskan kepada pengguna cara yang betul untuk menangkap gambar terbaik menggunakan peranti iPhone anda.

Apple berkongsikan tips dan cara untuk menangkap gambar seperti secara lebih dekat, swafoto, panorama secara menegak dan banyak lagi. Kesemua video tutorial ini ialah mudah dan dirakamkan pada skrin iPhone, jadi anda tidak perlu pening untuk menekan butang dan tetapan yang perlu dibuat.

Siri tutorial ini boleh dilihat di akaun Youtube rasmi Apple tapi siri penuh boleh dilihat di laman khas rasmi mereka. Adakah tips ini dapat membantu dan mempertingkatkan teknik fotografi anda? Kongsikan komen anda di bawah atau tweet ke akaun twitter kami.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *