Apple Mengeluarkan Swift Playgrounds 1.5, Xcode 9 Dan Swift Playgrounds 2 Versi Beta

Dengan acara Apple WWDC 2017 berlangsung pada hari ini, Apple telah mengeluarkan versi beta pertama untuk Xcode 9 dan Swift Playgrounds 2 kepada pembangun. Apple juga mengeluarkan Swift Playgrounds 1.5 untuk pembangun muda mencuba untuk mengawal robot, dron, dan alat muzik.

Xcode 9 membawakan sokongan untuk sistem operasi iOS 11 terbaru dan macOS High Sierra 10.13. Tarikh dilepaskan secara rasmi belum diketahui lagi tapi akan ada maklumat dalam Developer Center kelak. Swift Playgrounds 2 membawakan sokongan untuk Swift 4 dan juga iOS 11 SDK.

Swift Playgrounds 1.5 boleh dimuat turun di App Store secara percuma manakala untuk Xcode 9 dan mengakses Swift Playgrounds 2 boleh dibuat di Developer Center.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *