Apple Mengeluarkan Tali Jam Baharu Untuk Apple Watch

Bersama-sama dengan sistem operasi watchOS 4 baharu yang diperkenalkan pada hari ini, Apple telah mengeluarkan koleksi tali jam baharu untuk Apple Watch sempena musim panas ini. Untuk Apple Watch Sport mempunyai tiga tali jam yang baru iaitu Mist Blue, Pollen, dan Flamingo untuk kedua-dua 38mm dan 42mm dengan berharga RM199. Terdapat satu tali jam kulit dengan warna Sunflower Classic Buckle dijual dengan harga RM699.

Selain itu terdapat juga koleksi tali jam Nike Sport yang menyamai koleksi kasut Nike Air VaporMax Flyknight ‘Day to Night’. Hadir dengan empat warna iaitu Light Violet/White, Violet Dust/Plum Fog, Blue Orbit/Gamma Blue, dan Obsidian/Black yang berharga sebanyak RM199.

Sempena bulan LGBT, Apple telah mengeluarkan tali jam nilon khas berwarna pelangi untuk menyambut bulan tersebut. Tali jam ini hanya dijual di Apple sahaja dengan harga RM199 juga. Kesemua tali jam ini boleh dibeli bermula pada hari ini di laman jualan rasmi Apple dan mula dihantar pada minggu hadapan.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *