Apple Mengemaskini Aplikasi Worklow – Mengembalikan Dan Menambahkan Penggunaan Untuk Pocket, Google Chrome Serta Apple Music

Apple baru-baru ini telah mengemaskini aplikasi yang baru dibeli oleh mereka iaitu aplikasi Workflow. Aplikasi ini berfungsi sebagai mengautomasikan kombinasi suatu tugas atau kerja dengan lebih mudah  dan pantas. Apple sebelum ini membeli aplikasi dan seluruh pasukan Workflow untuk bekerja di bawah mereka.

What’s New In This Version:
● Bug fixes and improvements
● Restored the Google Chrome and Pocket actions
● Add music to your Up Next queue with the Add Music to Up Next and Clear Up Next actions

Agak susah untuk menerangkan cara penggunaan aplikasi ini dalam bentuk ayat. Misalnya, anda ingin tweet, dimana anda perlu membuka aplikasi Twitter/Tweetbot, tekan butang compose dan barulah boleh taip kandungan tweet. Dengan aplikasi Workflow, anda hanya perlu tekan tugas pada widget atau 3d Touch pada ikon aplikasi, aplikasi Workflow dibuka dan anda boleh terus taip kandungan tweet dan hantarkan ke Twitter tanpa perlu membuat banyak langkah.

Jika tak paham juga, muat turun aplikasi ini secara percuma di App Store dan mencuba aplikasi ini sendiri untuk lebih paham tentang penggunaannya. Muat turun aplikasi Workflow dengan klik pautan ini.

 

Sumber artikel: iClarified

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *