Apple Mengembangkan Program Public Beta – Membolehkan Pengguna Berdaftar Mencuba tvOS 11

Apple hari ini telah mengemaskini program Apple Beta Software mereka untuk mengumumkan untuk iOS 11, macOS High Sierra dan tvOS 11 bakal hadir dalam versi public beta untuk pengguna berdaftar mencuba ketiga-tiga atau salah satu versi beta sistem operasi ini.

Apple sebelum ini sudah pun menawarkan iOS dan macOS dalam versi public beta pada beberapa tahun dan kini memberikan akses kepada bukan pembangun untuk mencuba versi beta sistem operasi tvOS ini dengan memberi maklum balas dan melaporkan sebarang pepijat, ketidakstabilan kepada Apple.

Pengguna yang mahir dan ingin menggunakan tvOS ini memerlukan sambungan Apple TV 4 mereka dengan komputer untuk memuat turun dan memasang versi beta ini. Caranya adalah tidak mudah untuk pengguna yang baru berjinak dalam versi beta ini.

Bagi pengguna yang ingin berdaftar dengan program public beta ini boleh mendaftar dengan menggunakan Apple ID yang sedia ada pada laman ini: Apple Beta Software Program

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *