Apple Menggantikan iPad Air 2 dengan ‘iPad’ 9.7 Inci

Dengan penawaran dan penggantian bagi peranti iPhone, Apple juga telah menggantikan peranti iPad Air 2 dengan peranti ‘iPad’ 9.7 inci. iPad 9.7 inci yang baharu ini masih mengekalkan reka bentuk yang sama seperti iPad Air 1 dahulu dengan spesifikasi luaran: 240mm tinggi, 169.5mm lebar, 7.5mm nipis dan seberat 469 gram (Wifi)/478 gram(Cellular). Bagi spesifikasi dalaman pula telah dikemas kini dengan cip pemprosesan A9 dan model asas bermula dengan kapasiti storan 32GB berbanding iPad Air 1 dengan cip pemprosesan A7 pada tahun 2013.

Untuk perbandingan, iPad Air 2 mula dikeluarkan pada tahun 2014 dengan spesifikasi luaran: 240mm tinggi, 169.5mm lebar tapi 6.1mm nipis dan seberat 437 gram (Wifi)/444 gram (Cellular). Bagi spesifikasi dalaman pula menggunakan cip pemprosesan A8X.

Harga untuk iPad 9.7 inci yang baru ini bagi kapasiti storan 32GB bermula dengan RM1549 (Wifi) dan RM2199 (Cellular). Untuk kapasiti storan 128GB pula bagi konfigurasi Wifi sahaja bermula dengan harga RM1999 dan konfigurasi Cellular pula dengan harga RM2649.

 

Konfigurasi iPad 9.7 inci Wifi dan Cellular untuk kapasiti storan 32GB.
Konfigurasi iPad 9.7 inci Wifi dan Cellular untuk kapasiti storan 128GB.

Bagi yang berminat boleh membuat tempahan bermula pada pada 24.03 ini iaitu hari Jumaat di laman sesawang Apple.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *