Apple Menguji Sistem Kereta Pandu Sendiri Di Jalan Raya

Baru-baru ini, kami melaporkan Pandang Pertama Teknologi Kereta Pandu Sendiri Oleh Apple. Hari ini, Mark Bergen dan Alex Webb dari Bloomberg mendedahkan gambar dipercayai sebuah kereta yang dipasang sistem pemanduan automatik oleh Apple. Dipercayai bahawa Apple menguji sistem kereta pandu sendiri di jalan raya yang sebenar.

Sebuah kenderaan SUV Lexus RX450h dilihat keluar dari Pusat Fasiliti Apple yang terletak di Lembah Silikon, California. Kenderaan tersebut dilengkapi dengan pelbagai aksesori khusus yang berkaitan dengan sistem pemanduan automatik. Antara aksesori yang dilihat ialah laser radar dan sensor daripada Syarikat Velodyne Lidar dan beberapa antenna, radar dan semestinya kamera.

kereta

Setakat ini, sudah 30 syarikat yang telah mendapat kebenaran daripada kerajaan California untuk membuat pandu uji sistem pemanduan automatik di Lembah Silikon. Syarikat seperti Waymo (dimiliki oleh Alphabet Inc.) dan Zoox Inc. juga menggunakan Lexus RX450h sebagai kereta pandu uji bagi sistem pemanduan automatik yang mereka bangunkan.

Sumber: Bloomberg Technology

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *