Apple Mengumumkan LivePhotosKit API – Sokongan Untuk Live Photos Di Laman Web

Apple telah mengumumkan pelancaran JavaScript terbaru iaitu LivePhotosKit API yang dibangunkan untuk membolehkan sokongan gambar Live Photos yang dirakam pada peranti iPhone terkini di laman web. Live Photos sebelum ini hanya boleh ditonton pada peranti iPhone terkini sahaja atau dimuat naik ke aplikasi Instagram atau Facebook yang akan menukarkan gambar tersebut kepada video Boomerang atau gambar GIF.

Live Photos mula diperkenalkan pada peranti iPhone 6s dan iPhone 6s Plus dalam 2015, video pendek 1.5 saat bergerak yang dirakam ketika dan selepas mengambil gambar termasuk dengan bunyi sekali.

Hanya peranti terkini seperti iPhone 6s, 6s Plus, SE, 7 dan 7 Plus sahaja yang boleh merakam Live Photos ini dan boleh dimainkan pada semua peranti yang menggunakan sistem operasi iOS 9, OS X El Capitan, dan watchOS 2 ke atas sahaja.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *