Apple Mengumumkan Perisian Final Cut Pro X Kini Mempunyai 2 Juta Pengguna

Mungkin ramai yang tidak mengenali atau mengetahui perisian Final Cut Pro X (FCP) ini dan lebih menggunakan perisian Adobe Premier untuk membuat suntingan video. FCP mula dibangunkan oleh Apple khas untuk pengguna profesional komputer Mac, perisian ini ialah berbayar dengan harga $299 di App Store dan mempunyai percubaan percuma selama 30-hari, tidak seperti perisian iMovie yang baru sahaja percuma untuk semua pengguna.

Apple kini telah mengumumkan perisian tersebut mempunyai 2 juta pengguna atau dipanggil sebagai ‘seats,’ istilah yang digunakan dalam ucapan kepada hadirin yang hadir di persidangan National Association of Broadcasters. Menurut Apple, jumlah 2 juta itu dicapai kira-kira lima tahun setengah selepas melancarkan versi 10 untuk perisian suntingan video profesional itu dan kadar penggunaan semakin meningkat. Apple tidak memberi tarikh yang lebih spesifik tapi dikatakan untuk mencapai dari 1 juta kepada 2 juta pengguna mengambil masa yang sedikit sahaja.

Sepanjang menggunakan FCP ini, saya melihatkan perisian ini sangat mudah untuk digunakan sepanjang menyunting video tutorial untuk akaun youtube Apple User Group (Malaysia)® (akan kekal aktif dalam masa akan datang). Namun sejak dikemas kini ke versi 10.3 yang keluar pada tahun lepas dengan antaramuka yang baharu, ia dilihat seperti iMovie yang percuma baru-baru ini. Tapi jangan salah paham, FCP masih antara perisian yang terbaik selain Adobe Premier dan perisian yang lain.

 

Sumber artikel: 9to5Mac, Video: RichardTaylorTV

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *