Apple Merekrut Pembangun Pemalam 3D VR Untuk Final Cut Pro X

Tim Cook dan beberapa eksekutif Apple yang lain telah ramai menunjuk minat dalam teknologi Augmented (AR) dan Virual Reality (VR) dalam beberapa bulan yang lepas. Terdapat juga laporan terkini di mana Apple dilihat sedang meneroka untuk pembangunan teknologi kaca mata pintar AR secara lebih mendalam

Baru-baru ini, Apple telah mengambil pembangun pemalam (plug-in) Tim Dashwood yang terkenal dengan hasil kerja beliau iaitu 360VR Toolbox yang membantu untuk membuat video VR. Pengambilan beliau telah menjadikan kesemua perisian dan aplikasi milik syarikat beliau menjadi percuma untuk dimuat turun selamanya. Pemalam tersebut boleh digunakan dengan Final Cut Pro (FCP), Adobe Premier dan After Effects.

Namun, mungkin tiada kemas kini akan dibuat dalam masa akan datang.

Tidak dipastikan Apple akan mengintegrasi fungsi teknologi VR ini ke dalam Final Cut Pro untuk versi akan datang. Dashwood juga mungkin diambil untuk bekerja untuk FCP, menyertai pasukan AR Apple atau pekerjaan lain di dalam syarikat tersebut.

 

Sumber artikel: 9to5Mac dan FCP.co

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *