Apple Mula Menawarkan Perisian iTunes Pada Windows Store

Apple telah membuat kejutan hari ini dengan menawarkan perisian iTunes yang bakal hadir pada Windows Store, setelah diumumkan oleh Microsoft pada hari ini. Seperti yang sedia maklum, perisian iTunes sudahpun tersedia dan boleh dimuat turun pada komputer sistem operasi Windows melalui laman muat turun rasmi iTunes tapi dengan menambahkan pada Windows Store akan memudahkan pengguna untuk memuat turun perisian ini.

Mendapatkan perisian iTunes untuk Windows Store merupakan kemenangan untuk Microsoft, ini kerana Windows Store belum lagi mempunyai perisian utama seperti Google Chrome dan Spotify. Microsoft mempunyai keperluan aplikasi yang agak ketat menyebabkan syarikat lain tidak boleh bekerjasama.

Menurut Microsoft, perisian iTunes akan mula ditambah di Windows Store pada penghujung tahun ini.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *