Apple Secara Rasmi Menamatkan Sokongan Aplikasi 32-bit Dan Peranti 32-bit Pada iOS 11

Seperti yang dijangkakan sebelum ini, Apple secara rasminya telah menamatkan sokongan aplikasi 32-bit dan peranti 32-bit pada iOS 11. Ini telah membuatkan sejumlah 200 ribu aplikasi menjadi usang dan tidak boleh digunakan serta dibuang secara automatik dari App Store. Untuk peranti 32-bit pula, hanya tiga peranti sahaja yang tidak boleh menyokong iOS 11 daripada iOS 10.

Aplikasi 32-bit bermaksud aplikasi tersebut hanya disokong, boleh digunakan pada peranti 32-bit sahaja dan tidak menyokong peranti 64-bit. Untuk ketahui aplikasi 32-bit atau 64-bit, anda boleh pergi ke (iOS 10.3 ke atas) Settings > General > About > Aplications > App Compatibility. Aplikasi yang terdapat pada panel tersebut tidak boleh dibuka dan digunakan selepas mengemaskini ke iOS 11 sehinggalah pembangun mengemaskini aplikasi itu bagi menyokong iOS 11.

Dalam komputer dan peranti, maksud ‘bit’ tersebut ialah merujuk kepada unit pemprosesan pusat (CPU) dan bukanlah kapasiti storan peranti. Tiga peranti 32-bit yang tidak dapat dan tidak menyokong iOS 11 ialah iPhone 5, iPhone 5c dan iPad 4. Bagi yang menggunakan salah satu daripada ketiga-tiga peranti ni, sudah tiba masanya untuk anda membeli peranti yang baharu jika mahu menggunakan sistem operasi iOS 11 ini dan yang akan datang.

Selain dari iOS, macOS juga bakal mengikut jejak yang sama dengan menyingkirkan aplikasi 32-bit yang terdapat dalam Mac App Store dan kesemua aplikasi hanya terdapat dalam 64-bit yang akan bermula pada tahun 2018.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *