Apple Sedang Menguji Kabel Pengecas Dengan Lampu LED Bercahaya

Mengecas pada waktu malam tanpa lampu dan pada waktu gelap sememangnya sukar untuk mencari kabel pengecas tambahan lagi kabel pengecas Lightning yang kecil. Kini, Apple telah mempatenkan kabel pengecas dengan lampu LED terbina yang bercahaya untuk memudahkan pengguna mengecas pada waktu malam.

Paten ini mula difailkan oleh Apple pada Ogos 2016 lepas dan menamakan Chia Chi Wu dari Taiwan, Zhengyu Li dari China, dan Zheng Gao dari California sebagai pencipta yang menunjukkan kabel pengecas dengan lampu LED terbina dan arah untuk mengecas. Paten tersebut menunjukkan implementasi mudah untuk membantu pengguna menyambung kabel pengecas pada waktu gelap atau malam.

Berdasarkan rekaan paten, lampu LED itu berada dalam pada pemegang/penyambung kabel pengecas. Apple juga telah senaraikan kabel pengecas lain dalam paten ini termasuklah USB-C, HDMI, DVI, Ethernet, DisplayPort, Thunderbolt, Lightning, test-access port, DART, dan UART.

 

Sumber artikel: Apple Insider

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *