Apple Sedang Menguji Panel Paparan Skrin Micro LED Untuk Produk Akan Datang

2017 merupakan tahun yang pertama kali bagi Apple menggunakan paparan OLED untuk produk mereka iaitu iPhone 8 tapi ia tidak menghentikan Apple untuk membuat kajian tentang penggunaan teknologi paparan skin untuk produk akan datang.

Menurut satu laporan terbaru dikeluarkan oleh Digitimes menyatakan, Apple bakal memulakan pengeluaran dalam jumlah yang kecil untuk percubaan bagi panel paparan skrin micro LED dalam suku kedua tahun 2017 dekat kilang yang terletak di Taoyuan, Taiwan. Pengeluaran ini bukanlah dibuat secara besar-besaran tapi untuk Apple mencuba dan menilai keupayaan panel skrin tersebut samada boleh atau tidak digunakan pada produk akan datang.

Dibandingkan dengan paparan skrin LCD, micro LED mempunyai kelebihan untuk penggunaan tenaga yang rendah, kecerahan yang tinggi, definisi tinggi ultra, ketepuan warna yang tinggi, kadar tindak balas lebih cepat, jangka hayat yang lebih lama dan lebih pantas. Tidak dipastikan penggunaan paparan skrin micro LED ini tapi dilaporkan Apple bakal menggunakannya untuk AR dan VR headset.

 

Sumber artikel: Cult of Mac | Gambar: ExtremeTech

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *