Apple Store Pertama Di Asia Tenggara Bakal Dibuka Pada Bulan Ini?

Bukanlah satu rahsia apabila beberapa tahun lepas, khabar angin bahawa Apple Store pertama di Asia Tenggara akan dibuka di Singapura. Malah, lokasi dan reka bentuk Apple Store berkenaan juga tidak disorok dan boleh dilihat dengan jelas di Knightsbridge, Orchard Road. Persoalannya, adakah Apple Store pertama di Asia Tenggara ini bakal dibuka pada bulan ini?

Singapura

Ura-ura mengenai tarikh pembukaan Apple Store di Singapura ini telah lama diperkatakan. Pada mulanya, mengikut papan tanda di tapak pembinaan, ia sepatutnya siap pada 31 Oktober 2016. Namun, biasalah, pasti adanya masalah dalam pembinaan. Tarikh tersebut dipadam, dan ditukar pada 30 Januari 2017. Tetapi sehingga bulan Februari, tiada desas-desus pelancaran Apple Store bakal dilakukan. Malah, tarikh di papan tanda tersebut dipadamkan dan dibiarkan kosong.

Penangguhan kali pertama ialah disebabkan oleh arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia Singapura dari 24 Oktober 2016 sehinggalah 16 November 2016. Tidak pasti apakah punca sebenar penangguhan itu berlaku kerana tidak ada pengumuman terbuka dibuat oleh kementerian berkenaan. Cuma, kami difahamkan ia berkaitan faktor keselamatan di kawasan pembinaan.

Wartawan dari CNBC, Jessica Wa’u, didedahkan dengan tarikh 22 Mei 2017 sebagai tarikh rasmi pembukaan Apple Store tersebut. Pendedahan itu dibuat oleh salah seorang pekerja dari syarikat “Legend Interiors”. Legend Interiors ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja reka hiasan dalaman di Apple Store tersebut.

Tarikh tersebut dilihat sebagai tarikh yang sesuai memandangkan tiada lagi kerja-kerja khusus yang dilakukan pada tapak pembinaan di Apple Store Singapura tersebut. Jika anda sempat mendengar secara langsung dan juga rakaman audio Persidangan Pembentangan Kewangan Apple Suku Pertama 2017, sudah pasti anda akan mendengar ucapan dari Luca Maestri, Ketua Pegawai Kewangan Apple ada menyebut

We continue to expand our global presence – with plans to open our first store in Singapore and Dubai…

Apple Store Dubai sudahpun dilancarkan. Apple Store Singapura, bakal dilancarkan juga pada tahun ini. Sama-sama kita tunggu Apple Store yang pertama di Asia Tenggara ini. Mungkin tahun-tahun hadapan, Apple Store Malaysia pula.

 

 

Sumber : CNBC

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *