Apple Store Pertama Di Asia Tenggara Bakal Dibuka Pada 27 Mei Ini

Kedai rasmi Apple pertama di Singapura dan di Asia Tenggara akan dibuka pada hari Sabtu, 27 Mei ini pada pukul 10.00 pagi menurut tarikh rasmi pembukaan yang diletak luar papan pembinaan kedai tersebut yang terletak di lokasi Orchard Road.

Menurut The Straits Times, pekerja telah menambah tarikh pembukaan pada papan pembinaan yang menutup hadapan kedai tersebut dekat pusat membeli belah Knightsbridge pada malam hari Selasa lepas tapi Apple masih belum menambah kedai ini dalam senarai Apple Store mereka – mungkin dalam masa terdekat.

Pada awal bulan ini, Apple telah membuang halangan pembinaan sekitar kedai tersebut dan menampakkan mural besar dan 12 mural kecil dengan logo Apple, logo hati dan logo titik merah kecil. Ia sebagai simbol Apple ‘cinta/sayang’ dengan Singapura. Logo titik merah kecil atau “Little red dot” merupakan nama gelaran untuk negara Singapura, mempunyai populasi sekitar 5 juta.

Sebelum ini, kedai ini dilapor akan dibuka pada 22 Mei menurut wartawan dari CNBC, Jessica Wa’u yang mendedahkan tarikh 22 Mei 2017 sebagai tarikh rasmi pembukaan Apple Store tersebut. Apple Store ini akan dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam.

Dalam WWDC 2017 yang berlangsung pada 6 Jun, mungkin akan memaparkan video pembukaan Apple Store Singapura ini.

 

Sumber artikel: MacRumors dan The Straits Times

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *