Apple Telah Mengambil-Alih Syarikat Penjejak Tidur Popular Beddit

Beddit, merupakan syarikat yang memfokuskan pada perisian seperti aplikasi untuk peranti iOS dan perkakasan dalam menjejak tidur anda. Dengan meletakkan perkakasan Beddit 3 Sleep Monitor, (produk terbaru mereka dan berharga RM 1,103.67) di atas tilam untuk menganalisa data yang berkaitan dengan tidur seperti corak tidur dan waktu mulanya anda tidur nyenyak (deep sleep).

Kini, Apple telah membeli dan mengambil-alih syarikat ini berdasarkan polisi yang telah dikemas kini di laman sesawang syarikat tersebut yang mengumumkan tentang pengambilalihan tersebut dengan berkata, segala maklumat peribadi pengguna akan dikumpul, digunakan dan didedahkan mengikut polisi privasi Apple.

Tidak dipastikan perancangan Apple untuk menggunakan produk Beddit ini dengan perisian mereka, mungkin dalam masa akan datang akan terdapat produk penjejak tidur yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Apple sendiri. Ini kerana peranti Apple Watch tidak mempunyai ciri kekal untuk menjejak maklumat tidur.

 

Sumber artikel: iDownloadBlog, 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *