Apple Telah Menyaman Swatch Atas Penggunaan Slogan

Apple telah memfailkan saman  aduan terhadap syarikat pembuatan jam, Swatch dengan mahkamah Switzerland selepas syarikat itu menggunakan slogan “Tick Different” yang digunakan untuk mempromosi jam tangan Bellamy dengan fungsi terbina NFC untuk teknologi pembayaran Visa.

Apple berhujah dan mengatakan Swatch tidak adil menggunakan slogan yang mempunyai penggunaan tatabahasa yang lebih kurang sama seperti slogan yang dibuat oleh Apple iaitu “Think Different” untuk digunakan dalam kempen iklan pada waktu ketika dahulu.

Laman web Watson mengatakan, Apple perlu membuktikan slogan oleh Swatch itu telah ‘memeningkan’ sekurang-kurangnya 50% pengguna produk Apple. Kempen iklan Think Different mula dibuat oleh agensi pengiklanan TBWA\Chiat\Day yang diperkenalkan dalam tahun 1997 selepas Steve Jobs kembali ke Apple sebagai CEO sementara dan penggunaan slogan ini berakhir dengan pelancaran iMac G4 dalam 2002.

CEO Swatch mengatakan bahawa slogan Tick Different tersebut diambil daripada kempen iklan Swatch pada 1980s yang menggunakan frasa “Always different, always new”. Sebelum ini, Swatch telah menghalang permohonan tanda dagangan oleh Apple untuk menggunakan “iWatch” dalam negara United Kingdom.

 

Sumber: Watson, Artikel: iDownloadblog

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *