Apple TV 2 Diisytiharkan Sebagai Peranti Usang

Apple  baru-baru ini telah menambahkan model peranti generasi kedua Apple TV sebagai peranti usang, seterusnya menjadikan ia peranti yang tidak diterima untuk servis pembaikan di seluruh dunia.

Tempat yang masih menerima dan mempunyai bahan, alat pembaikan ialah di negara Turki dan di California, US. Menurut Apple, produk usang kebiasaannya dikategori selepas 5 hingga 7 tahun ia diperkenal dan dijual di pasaran, dan tidak disokong kecuali dikehendaki oleh undang-undang.

Generasi kedua Apple TV mula diperkenalkan pada September 2010 hingga tahun 2012 dan dihentikan produksi selepas generasi ketiga Apple TV diperkenalkan. Bagi yang tidak tahu, Apple TV ini merupakan peranti media digital yang membolehkan untuk memainkan dan menonton rancangan TV, movie, mendengar lagu berdasarkan langganan di iTunes, Airplay skrin dari peranti Apple lain dan sebagainya.

Apple TV ini merupakan peranti yang popular disebabkan ia boleh di jailbreak bagi membolehkan untuk membuat modifikasi pada homescreen, menambah bahan media lain, memasang XBMC, Kodi serta aplikasi, mengawal menggunakan peranti iOS dan memasang pelayar web. Ia lebih kurang sama seperti modifikasi yang boleh dibuat pada peranti iOS tapi tidak mempunyai aplikasi Cydia.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *