Apple Watch Mengungguli Tangga Pertama Dalam Penjualan Jam Tangan Pintar, Mengalahkan Fitbit

Apple Watch tidak lagi asing untuk dipakai oleh pengguna produk Apple di Malaysia. Peranti jam tangan pintar ini dilihat sebagai alat pengesan kecergasan dan kesihatan telah banyak memberi impak kehidupan seharian untuk membantu seperti mengumpul data ketika bersenam, menjejaki penggunaan ketika melakukan aktiviti termasuklah mengukur denyutan jantung dan beberapa penggunaan yang lain.

Kini, Strategy Analytics telah mengeluarkan maklumat penjualan jam tangan pintar di seluruh dunia bagi suku pertama 2017 ini. Penjualan Apple Watch telah meningkat daripada 2.2 juta dalam suku pertama 2016 kepada 3.5 juta semasa suku pertama 2017 ini. Kenaikan tahunan 59% menampakkan keuntungan Apple sebanyak 16% daripada pasaran global.

Strategy Analytics juga berkata pertumbuhan ini pada prestasi kukuh untuk Apple Watch Series 2 ialah disebabkan, kerjasama dengan pihak lain iaitu Nike, pemasaran yang intensif, dan penjualan runcit yang kukuh. Dengan ini, Apple Watch telah mengalahkan jam tangan pintar keluaran Fitbit yang telah jatuh ke tangga ketiga dalam keseluruhan senarai.

Fitbit yang sebelum ini berada di tangga pertama telah mengalami kerugian penjualan daripada 4.5 juta dalam suku pertama 2016 kepada 2.9 juta semasa suku pertama 2017. Menurut Strategy Analytics, ini ialah disebabkan permintaan yang perlahan dan kemasukan yang agak lewat dalam penjualan jam tangan pintar.

Bercakap mengenai Apple Watch, Apple dan Nike telah bekerjasama untuk mengeluarkan Apple Watch NikeLab dan Apple juga turut telah melanjutkan tempoh pembaikan bateri Apple Watch generasi pertama.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *