Apple Watch Terbukti Sebagai Peranti Yang Paling Tepat Mengukur Denyutan Jantung Dalam Kajian Terbaru

Satu kajian dijalankan untuk mengumpul maklumat dan membandingkan ketepatan tujuh peranti mengesan kecergasan termasuklah Apple Watch. Kajian ini dibuat berdasarkan 60 peserta untuk melihat bagaimana peranti mengesan kecergasan untuk mengukur denyutan jantung dan jumlah kalori yang terbakar dengan lebih tepat.

Kesemua peserta tersebut memakai peranti mengesan kecergasan antaranya Apple Watch, Samsung Gear S2, MIO Alpha 2, Microsoft Band, Fitbit Surge, dan banyak lagi ketika melakukan ujian aktiviti seperti berlari, berbasikal dan berjalan.

Untuk kadar ketepatan mengukur denyutan jantung, Apple Watch berada di tangga teratas dengan kadar ralat median tidak tepat sebanyak 2%, manakala peranti yang lain seperti Samsung Gear S2 dengan kadar ralat media tidak tepat yang tertinggi sebanyak 6.8%. Apple Watch juga merupakan peranti yang paling tepat untuk mengukur denyutan jantung sewaktu ujian aktiviti berjalan.

Apabila mengukur jumlah kalori, tiada sebarang peranti termasuk Apple Watch untuk menunjukkan data yang tepat bagi berapa banyakkah jumlah kalori yang terbakar ketika melakukan kesemua aktiviti tersebut. Walaupun tiada peranti yang tepat, Apple Watch melakukan yang terbaik apabila menganggarkan jumlah penggunaan tenaga.

Kajian ini dijalankan oleh oleh Stanford University dan Swedish School of Sport and Health Services, untuk melihat rumusan penuh kajian ini boleh dilihat di laman Journal of Personalized Medicine.

 

Sumber artikel: 9to5Mac dan MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *