Bagaimana Untuk Dapatkan Kemas Kini Rasmi iOS 10.3 Bagi Pengguna Versi Beta

Jika peranti anda menggunakan versi beta iOS 10.3 tapi anda tidak dapat notifikasi kemas kini rasmi iOS 10.3, ini adalah cara untuk anda mendapatkannya. Anda perlu membuang profail iOS Beta Software sebelum peranti anda mendapat kemas kini rasmi iOS 10.3 tersebut.

Cara untuk mendapatkan kemas kini rasmi iOS 10.3:

1. Buka direktori Setting > General > Profile.

2. Tekan Delete Profile di bawah profail iOS Beta Software.

3. Masukkan passcode dan tekan Delete lagi sekali untuk pengesahan.

4. Hidupkan semula peranti anda.

5. Buka direktori Setting > General > Software Update untuk periksa kemas kini iOS 10.3

Peranti iOS anda kini boleh memuat turun dan memasang kemas kini rasmi iOS 10.3 sebaliknya tersekat pada versi beta. Namun kemas kini ini disarankan atas faktor iOS 10.3 ini merupakan kemas kini ‘Major‘ atau ‘Major Update‘ – pertama sekali ialah anda perlu membuat backup (iTunes atau iCloud disebabkan AFS akan mengoptimasikan flash/SSD storage peranti dan bernasib buruk akan ada data yang hilang) dan disarankan membuat kemas kini di iTunes berbanding menggunakan Over The Air (OTA) di peranti masing-masing – terpulang atas hak tuan empunya peranti. Fungsi AFS juga akan membuatkan proses kemas kini menjadi lambat apabila kemas kini menggunakan OTA.

Sumber artikel dan gambar: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

2 thoughts on “Bagaimana Untuk Dapatkan Kemas Kini Rasmi iOS 10.3 Bagi Pengguna Versi Beta

  • March 29, 2017 at 7:52 pm
    Permalink

    Kalau iOS 9.3.5 dah tak boleh update ke iOS 10.3?

    Balas
    • March 30, 2017 at 6:44 pm
      Permalink

      Tengok pada peranti, kalau iPhone 4s, iPod Touch 5, iPad Mini 1 tak boleh update ke iOS 10.

      Balas

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *